POSTED ON: Wednesday, November 18, 2015 @ 10:46 AM | 0 comments

TARIAN INDIA DI MALAYSIA


Tarian Bharata Natyam

Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu
BA (ekspresi) + RA (muzik) + THA (irama) + NATYAM (tarian) = Baratha Natyam.
Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi


← Older / ♥ back up ♥ / Newer →
MALAYSIAKU