Senarai Tarian Tranditional Pelbagai Kaum di Malaysia

POSTED ON: Monday, November 9, 2015 @ 1:15 AM | 0 comments

Kami dari group D2 pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baru di unimap diberi tugasan membuat blog yang  bertajuk Malaysiaku.

Kami telah  memilih  tema tarian tranditional pelbagai kaum di Malaysia.

Tarian merupakan pergerakan tubuh badan secara berirama yang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk keperluan pergaulan, mengungkapkan perasaan, maksud dan permikiran. Muzik atau bunyi-bunyian ini memperkuatkan lagi maksud yang ingin disampaikan oleh penari. Tarian ini bertujuan untuk menyampaikan mesej melalui gerak tubuh badan yang disulami dengan emosi penari.

Kami memilih tajuk tarian ini kerana Malaysia amat kaya dengan kepelbagaian kaum.  Kepelbagaian budaya dan jenis tarian daripada pelbagai kaum seperti melayu, cina, india dan lain lain , mereka mempunyai tarian yang tersendiri dan unik bagi melambangkan kaum mereka.

♥ back up ♥ / Newer →
MALAYSIAKU