Tarian Tradisional Sarawak
POSTED ON: Wednesday, November 25, 2015 @ 7:31 AM | 3 comments
Tarian Ngajat
Ngajat bagi orang-orang iban adalah tarian yang ditarikan
ketika menyambut gawai sebelum berperang dan selepas musim menuai iaitu
setiap1Jun. Pada masa dahulu,pemburu kepala dari suku kaum ini antara yang
dikatakan paling bengis di Sarawak, diraikan dengan Gawai Dayak Kenyalang.
- Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
- Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya.
- Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil,gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
- Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula,mereka memakai pakaian tradisi seperti marik empang,kain tenun,buah pauh,sugu tinggi,dan selamapai.. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
TARIAN TRADISIONAL MELAYU
POSTED ON: Saturday, November 21, 2015 @ 7:25 AM | 0 comments
TARIAN INANG

LATAR BELAKANG TARIAN INANG
- Inang bermaksud sebagai pengasuh
- Tarian Inang bermaksud sebagai lembut dan sopan santunnya peribadi seorang wanita pengasuh
- penari leleki merupakan pasangan untuk mengambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masayarakat
ASAL USUL TARIAN INANG
- Tarian Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Mak Inang satu ketika dahulu dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka
- Lagu "MAK INANG" akan dipasang ketika tarian ini sedang berlangsung
- Sultan Mahmud Shah telah menitah supaya mencipta lagu tersebut kerana baginda sangat berminat kesenian melayu
- Baginda menitahkan supaya ketua inang atau ketua dayang untuk diajarkan kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian
- Kini tarian ini seringkali dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkhawinan
- Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana,biola, dan gendang
- Para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni

PAKAIAN PENARI
Wanita

- Pakaian penari wanita boleh dibahagian kepada dua jenis pakaian iaitu pertamanya, baju kurung, yang siap dengan dengan kain, baju dan selendang. Keduanya, baju kebaya labuh, yang terdiri daripada kain, baju dan juga selendang
- Bagi penari wanita yang berpakaian lengkap, akan dihiasi dengan siput sanggul (cucuk sanggul) yang terdiri daripada 3 jenis iaitu,siput tegang,siput cekak dan siput lintang
Lelaki

- Penari lelaki terdapat 3 jenis pakaian Melayu. Pertama, baju Melayu Cekap Musang yang terdiri daripada samping, kain dan songkok. Baju ini biasanya digunakan pada acara-acara keluarga seperti kenduri, perayaan dan aktiviti keramaian
- Kedua, baju Melayu Gunting Cina, biasanya digunakan dalam situasi sehari-hari dirumah bagi acara yang tidak rasmi. Terakhir ialah baju Melayu Teluk Belanga, baju ini terdiri dari daripada samping, kain dan songkok
- Kebiasanya penari inang lelaki menggunapakai baju Melayu Cekak Musang mengikut kesesuaian majlis, yang biasanya melibatkan majlis-majlis formal
CARA PERSEMBAHAN
- Tarian Inang ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita memakai selendang dan berbaju kebaya bersama hiasan cucuk sanggul sementara penari lelaki pula memakai sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping
- Gerakan tariannya banyak tertumpu kepada bahagian tangan yang diangkat selaras bahu baik oleh penari lelaki mahupun penari wanita
- Tempo pergerakan Tarian Inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasar masri
- Ianya ditarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempoh yang pantas dan di iringi dengan alat muzik REBANA,BIOLA dan GENDANG
TARIAN INDIA
POSTED ON: Wednesday, November 18, 2015 @ 9:21 PM | 0 comments
Tarian Bharatanatyam
Bharata
Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan
ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
BA
(ekspresi) + RA (muzik) + THA (irama) + NATYAM (tarian) = Baratha
Natyam
Natyam
dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara,
dan sesuatu tindakan ketaatan. Ia
adalah salah satu dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu
unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api. Tarian
ini dianggap sebagai tarian api, yang menunjukkan dengan jelas oleh
metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia.
Penari Bharatanatyam wanita
Secara
tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita.Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai
beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar,
berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi .Biasanya
perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang termasuk:
- Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang menghilangkan halangan.
- Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan.
- Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan.
- Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta kasih.
- Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.
- Padam – Bahagian persembahan yang paling beremosi dimana penari meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih.
- Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari yang menawan.
- Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti.
Tarian Bhangra
Tarian
Bhangra adalah tarian menyambut musim menuai dan berasal dari Punjab,
India. Setiap pergerakan kepala atau tangan menyampaikan maksud yang
istimewa dan merupakan gerakan artistik . Penari lelaki dan wanita
selalunya memakai pakaian yang berwarna terang dan
berseri-seri. Lagu-lagu untuk tarian ini adalah rangkaian lagu-lagu
rakyat yang diiringi oleh alat muzik tradisional. Tarian Banghra di
Malaysia sangat popular dalam mana ia juga dipersembahkan untuk
majlis perkahwinan, hari-jadi dan majlis kekeluargaan dan perayaan Deepavali.
Tarian Bhagra yang dipersembahkan ketika perayaan Deepavali
Gerakan penari lelaki Tarian Bhagra yang lincah
Tarian Khatak
Perkataan
Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud 'seni
bercerita' .Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan
diri kepada dewa-dewi Hindu, kemudian, Kathak berkembang ke
istana-istana pemerintah.Tarian Kathak adalah bersifat naratif dan
dicirikan dengan gerakan kaki yang cepat dan berputar. Bentuk tarian
kathak ini adalah bentuk yang berasal daripada banyak pengaruh pada
masa lalu seperti pengaruh mitologi kathakas, tarian kuil dan gerakan
bhakti.
Gerakan kaki penari wanita yang cepat dan berputar
Selain
itu,tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha
Vandana.Tarian Kathak ini dipersembahkan oleh penari lelaki dan
wanita. Penari dikiaskan sebagai pencerita. Pencerita
ini, membuat persembahan dilapangan kampung dan laman kuil,
kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari
kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik
muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi
muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan pengkisahan.